06 Disember 2012

Gugusan Syair di Pesta Bahasa dan Budaya 2008


BBM Bergambar Bahasa Melayu


Lagu Huruf Konsonan Dan Bunyi Huruf Vokal "ung"


Lagu Huruf Konsonan Dan Bunyi Huruf Vokal


Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu

Tahun 1 KSSR
Tahun 2 KSSR
Tahun 3 KSSR (Akan datang)
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Peribahasa

PERIBAHASA:-
  • Ungkapan atau kata yang tersusun yang mengandungi unsur-unsur nilai murni tentang cara anggota masyarakat berfikir dan bertindak.
  • Amat popular pada zaman dahulu dan digunakan orang untuk tujuan mendidik dan menyampaikan teladan secara halus dan simbolik.
  • Terdapat 4 jenis peribahasa:-
  1. Simpulan bahasa (terdiri daripada 2 patah perkataan tersusun yang membawa maksud tertentu)
  2. Perumpamaan (rangkaian kata yang dimulai dengan kata umpama, seperti, bagai, laksana, dan bak)
  3. Bidalan (susunan kata menarik yang jelas maksudnya dan tidak ada maksud terselindung atau tersirat)
  4. Pepatah (perkataan yang bersifat ringkas, disusun berangkap dan terdapat pengulangan kata)
SIMPULAN BAHASA:-
  • Ambil angin > bersiar-siar.
  • Ayam tambatan > orang harapan.
  • Batu loncatan > sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain.
  • Bergolok bergadai > berhabis-habisan (berbelanja).
  • Bunga dedap > perempuan cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
  • Cagak hidup > wang riba.
  • Cepat tangan > suka mencuri.
  • Duit teh > wang sogokan (rasuah).
  • Kambing hitam > orang yang dipersalahkan.
  • Kucing bertanduk > perkara yang tidak akan berlaku
  • Tumbuk rusuk > menerima rasuah.
  • Patah kandar > hilang tempat bergantung.
  • Ringan mulut > peramah.
PERUMPAMAAN:-
  • Bagai pucuk dilancarkan > amat cepat.
  • Bagai layang-layang putus tali > tiada pedoman / sudah putus harapan.
  • Bak birah dengan keladi > hampir serupa sahaja.
  • Ibarat dakwat dengan kertas > tidak dapat dipisahkan.
  • Ibarat mencangkul angin > angan-angan yang tidak disertai dengan usaha.
  • Laksana pohon kayu tidak berbuah > orang yang berilmu tetapi tidak digunakan.
  • Laksana ikan dituba > tidak bermaya / hampir mati.
  • Laksana taji dibentuk > kening yang amat cantik.
  • Macam papan > sangat kurus.
  • Macam tunggul pisang > hidup sebatang kara / keseorangan.
  • Seperti api dalam sekam > kejahatan yang dilakukan secara senyap atau tanpa disedari.
  • Seperti hujan jatuh ke pasir > nasihat yang tidak dihargai / pekerjaan yang sia-sia.
  • Seperti gagak pulang ke benua > jauh berjalan tapi ilmu tidak bertambah.
  • Umpama air digenggam tak tiris > sangat kedekut.
BIDALAN:-
  • Ada gula ada semut > orang akan tertumpu di tempat yang mudah mendapat rezeki.
  • Ada sampan hendak berenang > sengaja menyusahkan diri.
  • Belum duduk sudah berlunjur > melakukan sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan, akhirnya diri yang susah.
  • Burung terbang dipipiskan lada > sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
  • Darah setampuk pinang > tiada pengalaman.
  • Diam penggali berkarat > ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang juga.
  • Gajah mati kerana gadingnya > mendapat kecelakaan daripada kelebihannya.
  • Menarik rambut di dalam tepung > bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
  • Patah kemudi perahu hanyut > sesuatu kaum apabila hilang pemimpin akan menjadi kucar-kacir.
PEPATAH:-
  • Ada kerak adalah nasi > sesuatu kejadian itu tentulah ada kesannya.
  • Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas > perbuatan jahat akan pasti mendapat balasan juga.
  • Ayam terlepas, tangan bau tahi > mencari keuntungan tapi menanggung kerugian atau malu.
  • Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa > serba salah hendak membuat keputusan.
  • Enggan seribu kata, mau sepatah kata > jika tidak bersetuju banyaklah alasannya.
  • Jauh bau bunga, dekat bau tahi > apabila jauh selalu terkenang tapi apabila dekat selalu bertengkar.
  • Rosak bawang ditimpa jambak > malang kerana perbuatan sendiri.
  • Ujung lurus, pangkal berkait > nampak baik tetapi sebenarnya jahat.

15 November 2012

Bunga Bahasa : Makna Kiasan


Bunga-bunga bahasa, atau bahasa kiasan atau istilah Inggerisnya idiom ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupundaripada susunan tatabahasanya. Bentuk-bentuk kiasan dalam bahasa Melayu ialahperibahasa, perumpamaan, simpulan, pepatah, bidalan, metafora, personifikasi dan hiperbola. Dalam contoh-contoh di bawah, makna perkataan yang gelap tidak dapat diketahuidaripada makna asal perkataan itu ataupun daripada kedudukannya dalam ayat.

1) Dia pergi menimba ilmu di Korea.
2) Atas alasan apa dia enggan belajar lagi?
3) Belum apa-apa dia sudah merendah diri.
4) Aminah masuk bertanding menerusi cawangan Kampung Selamat.
5) Kata orang, cinta itu buta.
6) Mengapakah perlu dikaitkan soal wang dengan kebahagiaan?
7) Mereka seperti belangkas.
8) Rumah itu duniaku.
.9) Kempen menghijaukan bumi.
10) Jangan jadi Si Kitol.

Setiap generasi menerbitkan bahasa kiasan mereka sendiri, oleh itu kebanyakan bahasakiasan yang terakam dalam karya-karya lama tidak lagi difahami dan digunakan oleh generasihari ini. Sebagai contoh, bentuk lama otak bergeliga mempunyai padanan moden otak komputer, dan bentuk harapkan pagar,pagar makan padi  mempunyai padanan modennya, harapkan tin jaga biskut,/ tin makan biskut. Antara peribahasa moden hari ini ialah tiup trompet sendiri , kayupengukur, mulut laser, seperti tiang telefon, pasar tani, calon bebas, rundingan meja bulat, hitam putih, buku hijau dan banyak lagi.