Bunga-bunga bahasa, atau bahasa
kiasan atau istilah Inggerisnya idiom ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya
tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupundaripada
susunan tatabahasanya. Bentuk-bentuk kiasan dalam bahasa Melayu ialahperibahasa,
perumpamaan, simpulan, pepatah, bidalan, metafora, personifikasi dan hiperbola. Dalam
contoh-contoh di bawah, makna perkataan yang gelap tidak dapat diketahuidaripada
makna asal perkataan itu ataupun daripada kedudukannya dalam ayat.
1) Dia pergi menimba ilmu di
Korea.
2) Atas alasan apa dia enggan
belajar lagi?
3) Belum apa-apa dia sudah merendah
diri.
4) Aminah masuk bertanding menerusi
cawangan Kampung Selamat.
5) Kata orang, cinta itu buta.
6) Mengapakah perlu dikaitkan
soal wang dengan kebahagiaan?
7) Mereka seperti belangkas.
8) Rumah itu duniaku.
.9) Kempen menghijaukan bumi.
10) Jangan jadi Si Kitol.
Setiap generasi menerbitkan bahasa
kiasan mereka sendiri, oleh itu kebanyakan bahasakiasan yang terakam dalam
karya-karya lama tidak lagi difahami dan digunakan oleh generasihari ini. Sebagai
contoh, bentuk lama otak bergeliga mempunyai padanan moden otak komputer, dan bentuk harapkan pagar,pagar makan
padi mempunyai padanan modennya, harapkan tin jaga biskut,/ tin makan
biskut. Antara peribahasa moden hari ini ialah tiup trompet sendiri ,
kayupengukur, mulut laser, seperti tiang telefon, pasar tani, calon bebas, rundingan
meja bulat, hitam putih, buku hijau dan banyak lagi.