BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
06 Disember 2012
Peribahasa
PERIBAHASA:-
- Ungkapan atau kata yang tersusun yang mengandungi unsur-unsur nilai murni tentang cara anggota masyarakat berfikir dan bertindak.
- Amat popular pada zaman dahulu dan digunakan orang untuk tujuan mendidik dan menyampaikan teladan secara halus dan simbolik.
- Terdapat 4 jenis peribahasa:-
- Simpulan bahasa (terdiri daripada 2 patah perkataan tersusun yang membawa maksud tertentu)
- Perumpamaan (rangkaian kata yang dimulai dengan kata umpama, seperti, bagai, laksana, dan bak)
- Bidalan (susunan kata menarik yang jelas maksudnya dan tidak ada maksud terselindung atau tersirat)
- Pepatah (perkataan yang bersifat ringkas, disusun berangkap dan terdapat pengulangan kata)
SIMPULAN BAHASA:-
- Ambil angin > bersiar-siar.
- Ayam tambatan > orang harapan.
- Batu loncatan > sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain.
- Bergolok bergadai > berhabis-habisan (berbelanja).
- Bunga dedap > perempuan cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
- Cagak hidup > wang riba.
- Cepat tangan > suka mencuri.
- Duit teh > wang sogokan (rasuah).
- Kambing hitam > orang yang dipersalahkan.
- Kucing bertanduk > perkara yang tidak akan berlaku
- Tumbuk rusuk > menerima rasuah.
- Patah kandar > hilang tempat bergantung.
- Ringan mulut > peramah.
PERUMPAMAAN:-
- Bagai pucuk dilancarkan > amat cepat.
- Bagai layang-layang putus tali > tiada pedoman / sudah putus harapan.
- Bak birah dengan keladi > hampir serupa sahaja.
- Ibarat dakwat dengan kertas > tidak dapat dipisahkan.
- Ibarat mencangkul angin > angan-angan yang tidak disertai dengan usaha.
- Laksana pohon kayu tidak berbuah > orang yang berilmu tetapi tidak digunakan.
- Laksana ikan dituba > tidak bermaya / hampir mati.
- Laksana taji dibentuk > kening yang amat cantik.
- Macam papan > sangat kurus.
- Macam tunggul pisang > hidup sebatang kara / keseorangan.
- Seperti api dalam sekam > kejahatan yang dilakukan secara senyap atau tanpa disedari.
- Seperti hujan jatuh ke pasir > nasihat yang tidak dihargai / pekerjaan yang sia-sia.
- Seperti gagak pulang ke benua > jauh berjalan tapi ilmu tidak bertambah.
- Umpama air digenggam tak tiris > sangat kedekut.
BIDALAN:-
- Ada gula ada semut > orang akan tertumpu di tempat yang mudah mendapat rezeki.
- Ada sampan hendak berenang > sengaja menyusahkan diri.
- Belum duduk sudah berlunjur > melakukan sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan, akhirnya diri yang susah.
- Burung terbang dipipiskan lada > sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
- Darah setampuk pinang > tiada pengalaman.
- Diam penggali berkarat > ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang juga.
- Gajah mati kerana gadingnya > mendapat kecelakaan daripada kelebihannya.
- Menarik rambut di dalam tepung > bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
- Patah kemudi perahu hanyut > sesuatu kaum apabila hilang pemimpin akan menjadi kucar-kacir.
PEPATAH:-
- Ada kerak adalah nasi > sesuatu kejadian itu tentulah ada kesannya.
- Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas > perbuatan jahat akan pasti mendapat balasan juga.
- Ayam terlepas, tangan bau tahi > mencari keuntungan tapi menanggung kerugian atau malu.
- Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa > serba salah hendak membuat keputusan.
- Enggan seribu kata, mau sepatah kata > jika tidak bersetuju banyaklah alasannya.
- Jauh bau bunga, dekat bau tahi > apabila jauh selalu terkenang tapi apabila dekat selalu bertengkar.
- Rosak bawang ditimpa jambak > malang kerana perbuatan sendiri.
- Ujung lurus, pangkal berkait > nampak baik tetapi sebenarnya jahat.
15 November 2012
Bunga Bahasa : Makna Kiasan
Bunga-bunga bahasa, atau bahasa
kiasan atau istilah Inggerisnya idiom ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya
tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupundaripada
susunan tatabahasanya. Bentuk-bentuk kiasan dalam bahasa Melayu ialahperibahasa,
perumpamaan, simpulan, pepatah, bidalan, metafora, personifikasi dan hiperbola. Dalam
contoh-contoh di bawah, makna perkataan yang gelap tidak dapat diketahuidaripada
makna asal perkataan itu ataupun daripada kedudukannya dalam ayat.
1) Dia pergi menimba ilmu di
Korea.
2) Atas alasan apa dia enggan
belajar lagi?
3) Belum apa-apa dia sudah merendah
diri.
4) Aminah masuk bertanding menerusi
cawangan Kampung Selamat.
5) Kata orang, cinta itu buta.
6) Mengapakah perlu dikaitkan
soal wang dengan kebahagiaan?
7) Mereka seperti belangkas.
8) Rumah itu duniaku.
.9) Kempen menghijaukan bumi.
10) Jangan jadi Si Kitol.
Setiap generasi menerbitkan bahasa
kiasan mereka sendiri, oleh itu kebanyakan bahasakiasan yang terakam dalam
karya-karya lama tidak lagi difahami dan digunakan oleh generasihari ini. Sebagai
contoh, bentuk lama otak bergeliga mempunyai padanan moden otak komputer, dan bentuk harapkan pagar,pagar makan
padi mempunyai padanan modennya, harapkan tin jaga biskut,/ tin makan
biskut. Antara peribahasa moden hari ini ialah tiup trompet sendiri ,
kayupengukur, mulut laser, seperti tiang telefon, pasar tani, calon bebas, rundingan
meja bulat, hitam putih, buku hijau dan banyak lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)